Latar belakang Medal Peringatan Sudetenland

Sudetenland dikenali sebagai sebuah wilayah yang terdiri daripada kawasan sempadan Bohemia dengan kebanyakkan penduduknya bertutur bahasa Jerman, dinamakan selepas Pergunungan Sudeten. Susulan dari perjanjian St. Germain (dalam Perang Dunia Pertama) yang menggabungkan wilayah tersebut dengan keseluruhan Bohemia kedalam Republik Czechoslovakia. Ini telah menimbulkan kebencian mendalam dikalangan ramai rakyat Jerman Sudeten yang berkeras mahu, bersama dengan republik baru Austria Jerman, bersatu dengan Jerman. Disepanjang tahun 1930an, masalah ekonomi dan pengangguran memaksa ramai orang menyokong Konrad Henlein yang pro-Jerman serta kuncu-kuncunya, yang mengasaskan Parti Jerman Sudeten. Pada musim panas tahun 1938, Hitler menyuarakan sokongannya pada permintaan penduduk Jerman Sudetenland untuk digabungkan kedalam Reich. Ini menimbulkan permintaan terus Hitler untuk mengilhak wilayah tersebut dan mengancam untuk berperang walaupun bertentangan dengan nasihat para jeneralnya yang sememangnya tahu Jerman belum bersedia untuk menghadapi satu konflik besar Eropah yang baru. Czechoslovakia dikerahkan, menyedari keseluruhan perkubuan dan halangan semulajadi mereka berada di sempadan dan jika ini hilang akan menyebabkan mereka tidak berupaya mempertahankan diri. Disebabkan ini Persidangan Munich telah di adakan.

Antara yang hadir di Munich pada 29 September 1938 ialah Perdana Menteri Britain Neville Chamberlain, Perdana Menteri Perancis Édouard Daladier, Perdana Menteri Itali Benito Mussolini, Hitler dan Menteri Luarnya Joachim von Ribbentrop. Perwakilan dari Czechoslovakia dan Kesatuan Soviet tidak dijemput. Kerana takut peperangan terjadi dan mengikut dasar beralah yang terkenal, Sudetenland telah diserahkan kepada Jerman. Pada 1 Oktober 1938, tentera Jerman memasuki Sudetenland dan mengilhakkan wilayah tersebut kepada Jerman. Bagi memperingati peristiwa ini, Hitler mengarahkan pembentukan medal Sudetenland, yang telah dizahirkan pada 18 Oktober 1938.

Berkaitan